MenuOctBM
RTRETBO
RTR®Rejuvenation
WinterTestTABBM
TRACKFEED ButtonBM
DYNOBM

Kami telah menjalankan 2 sesi ujian dynorun pada 3 Hari bulan Oktober 2015 di kedai tuning kereta di JC Racing yang terletak di Bandar Sunway. Objektif ujian dyrorun adalah untuk membandingkan kuasakuda dan torque untuk 2 jenis minyak pelincir. Dalam ujian dynorun pertama, kami menggunakan MINYAK ENJIN MINERAL SHELL HX3 20W50 yang pekat dicampurkan dengan produk kami iaitu RTR ENGINE TREAMENT BOOSTER OIL. Dalam ujian dynorun kedua, kami menggunakan MINYAK ENJIN FULLY SINTETIK SHELL HELIX ULTRA 5W40.

Kedua-dua minyak enjin SHELL adalah dibeli di stesen petrol SHELL untuk memastikan minyak enjin yang kami gunakan adalah asli dan original. Anda boleh lihat dari video kami bahawa kedua-dua botol minyak enjin masih mempunyai Security SEAL. Semua penukaran minyak enjin adalah dilakukan oleh pekerja bengkel JC Racing.

Kereta yang kami gunakan di dalam ujian dynorun ini ialah Proton Iswara Sedan 1.3L yang berumur 20 lebih tahun. Kami tidak mengubahsuai kereta kami, dan bahan bakar yang digunakan ialah petrol SHELL RON 95 sahaja. Keputusan dynograph akan diletakkan di laman web ini dan di dalam video di bawah. Sila menonton video documentari ujian dynorun kami di bawah.

Dalam video di atas, kami dapati bahawa bunyi yang dihasilkan oleh enjin yang menggunakan dua jenis minyak pelincir masing-masing mempunyai perbezaan yang ketara. Dalam sesi ujian dynorun pertama, enjin yang menggunakan campuran Minyak Enjin Mineral SHELL HX3 20W50 dengan RTR Engine Treatment Booster Oil berjalan dengan lebih senyap pada kelajuan enjin 6100rpm dan kami pasti ia masih boleh memecut dan mencapai kelajuan enjin yang lebih tinggi kerana mengikut bunyi yang dihasilkan enjin, ia masih belum mencapai puncak tahap stress lagi. Dalam sesi ujian dynorun kedua, kami menggunakan Minyak Enjin Fully Sintetik SHELL HELIX ULTRA 5W40. Daripada video dokumentari itu, bunyi enjin yang menggunakan minyak enjin fully sintetik menjadi lebih bising dan kami mendapati bahawa ia telah mencapai puncak tahap stress pada kelajuan enjin 6200rpm.

DynoExplainedBM

Jom kita mengkaji keputusan kedua-dua ujian dynorun melalui dynograph yang disediakan oleh pihak JC Racing. Dalam dynograph di atas, garis biru mewakili campuran RTR Engine Treatment Booster Oil dan Minyak Enjin Mineral SHELL HELIX HX3 20W50. Manakala garis merah mewakili Minyak Enjin Fully Sintetik SHELL HELIX ULTRA 5W40.

Keputusan ujian dynorun ini adalah amat menakjubkan. Campuran MINYAK ENJIN MINERAL DENGAN RTR ENGINE TREAMENT BOOSTER OIL hanya kalah dengan nipis sahaja. Enjin yang menggunakan campuran Minyak Enjin Mineral dengan RTR engine Treatment Booster Oil telah menghasilkan kuasakuda sebanyak 53.60PS dan torque pula ialah 8.33Kg-m. Enjin yang menggunakan Minyak Enjin Fully Sintetik Shell Helix Ultra telah menghasilkan kuasakuda 55.02PS dan torque pula ialah 8.39Kg-m. Perbezaan kuasakuda dan torque antara dua keputusan ujian dynorun adalah sangat kecil, perbezaan kuasakuda ialah 1.42PS, dan perbezaan torque ialah 0.06Kg-m.

Kami amat gembira dengan keputusan ujian dynorun itu, tetapi tidak berpuas hati kerana kami pasti dalam ujian dynorun pertama tadi, enjin yang menggunakan RTR Engine Treatment Booster Oil dicampurkan dengan Minyak Enjin Mineral Shell Helix HX3 20W50 masih boleh memecut kepada kelajuan enjin yang lebih tinggi lagi.

Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mengunjung ke Bandar Sunway sekali lagi seminggu selepas itu. Kali ini, kami telah mengunjungi kedai tuning kereta yang sama terkenal iaitu GT AUTO Service Centre Sdn Bhd, untuk membuat ujian dynorun kami. Sebelum kami membuat dynorun yang seterusnya, kami telah menukar minyak enjin yang baru, iaitu buangkan Minyak Enjin Fully Sintetik Shell Helix Ultra dan masukkan Minyak Mineral SHELL HELIX HX3 yang dibeli daripada Stesen Petrol SHELL dan dicampurkan dengan Sebotol RTR Engine Treatment Booster Oil.

GTAUTO


DynographGTAUTOBM

Seperti yang ditunjukkan dalam dynograph di atas, ujian dynorun yang terkini menunjukkan enjin kereta Proton Iswara 1.3L kami telah mencapai kelajuan enjin 6600rpm, dan telah menghasilkan kuasakuda sebanyak 57.50PS dan torque sebanyak 8.70Kg-m. Berbanding dengan kedua-dua ujian dynorun yang sebelum ini, keputusan yang terkini ini adalah satu kejayaan yang kami amat membanggakan dan memuaskan. Jom kita mengira perbezaannya; Enjin yang menggunakan Campuran Minyak Enjin Mineral SHELL HELIX HX3 dan RTR Engine Treatment Booster Oil telah menghasilkan 2.48PS lebih kuasakuda dan 0.31Kg-m lebih torque berbandingkan dengan enjin kami yang menggunakan Minyak Enjin Fully Sintetik SHELL HELIX ULTRA 5W40.

DynoCompareResultsBM
Ujian Dynorun adalah kaedah yang paling praktikal bagi membuktikan dan membandingkan keberkesanan minyak pelincir dalam mengurangkan geseran enjin, meningkatkan prestasi enjin, dan menunjukkan prestasi enjin dalam dari segi kuasakuda dan torque dalam angka dan graf. Kami berjaya membuktikan objektif kami iaitu hanya dengan mencampurkan RTR Engine Treatment Booster Oil dengan sebarang jenama Minyak Enjin Mineral Biasa yang boleh didapati di stesen minyak, prestasi minyak dan enjin adalah standing dengan atau lebih baik daripada Minyak Enjin Fully Sintetik. Bayangkan jikalau RTR Engine Treatment Booster Oil dicampurkan dengan minyak enjin gred yang lebih tinggi seperti 15W40 atau minyak semi sintetik 10W40, dan 10W30 dan sebagainya, bayangkan peningkatan prestasi enjin yang anda dapat menikmati. Dapatkan ia sekarang untuk menikmati Teknologi Rejuvenation Engineering™ kami, DRIVE TO DISCOVER, LET THE PERFORMANCE SPEAKS FOR ITSELF.
BottleCheetah.png
web11stBM
FBVISITbm
MenubuttonsBM