MenuOctBM
RTRETBO
Rejuvenation Engineering TM 2018
TRACKFEED ButtonBM
WinterTestTitleBM

Salam sejahtera, RTR® OIL Trading ingin membawa video dokumentari Ujian Pembekuan RTR Engine Treatment Booster Oil kepada anda. Objektif kami ialah untuk membandingkan kepekatan minyak sampel minyak enjin yang melalui process pembekuan pada suhu -12 °C selama 24 jam. Kami telah menyediakan 2 botol sampel untuk diuji. Kami isikan minyak enjin mineral 20W50 yang tulen sahaja ke dalam botol yang pertama. Botol kedua kami isikan dengan campuran RTR Engine Treatment Booster Oil dan minyak enjin mineral 20w50.

Dalam ujian yang pertama, kami telah menggunakan isipadu sampel yang kecil untuk menunjukkan keadaan minyak yang mengalir di laluan aliran minyak yang sempit di dalam enjin. Dari segi hukum saintifik bendalir, lebih kecilnya isipadu cecair, lebih senang ia dibekukan. Daripada video dokumentari di atas, kami mendapati bahawa sampel campuran RTR OIL mengalir dengan lebih lancar dan dengan senangnya ia disebar di atas permukaan botol, jika dibandingkan dengan botol yang telah diisikan dengan sampel minyak enjin mineral yang tulen itu.

Pada saat ini, kamu akan fikir, bagaimana RTR OIL dapat membantu enjin saya?

RTR Engine Treatment Booster Oil meningkatkan kadar pengaliran minyak enjin yang melalui laluan aliran minyak yang sempit dan memberikan penjagaan yang terbaik untuk bahagian enjin yang terlibat dengan sistem Variable Valve Timing Technology seperti VVT, VTEC, MiVEC, Vanos and dan sebagainya. Dengan mudahnya ia mengalir di laluan aliran minyak yang sempit daripada bahagian VTC solenoid valve ke VTC actuator, ia akan meninggalkan lapisan perlindungan untuk melincirkan bahagian enjin yang menggosok antara satu sama yang lain. Tambahan pula, pelinciran di bahagian connecting rod bearing adalah kerja mudah dan efektik untuk RTR OIL. Oleh itu, RTR Engine Treatment Booster Oil dapat mengurangkan geseran dalaman, suhu dan bunyi enjin. Enjin anda akan menjadi lebih responsif dan bahagian-bahagian enjin juga dapat tahan lebih lama.

Dalam ujian pembekuan yang kedua, kami meningkatkan isipadu kedua-dua sampel supaya kami dapat menganalisiskan perbezaan kepekatan kedua dua sampel minyak pelincir. Kami dapat melihat dengan jelasnya campuran minyak pelincir RTR OIL sekali lagi mengalir dengan lebih lancar dan meninggalkan lapisan pelincir efektif yang nipis pada dinding botol, dibandingkan dengan botol yang diisi dengan minyak enjin mineral 20W50 yang tulen. Ini adalah sangat bermanfaat pada masa Cold Start yang biasanya mempunyai daya geseran yang paling maksimum kerana minyak pelincir biasa telah mengalir balik ke tangki minyak enjin, permukaan bahagian enjin telah kekurangan lapisan pelinciran. Dengan RTR Engine Treatment Booster Oil, lapisan pelincir perlindungan yang melekat pada permukaan dinding silinder dan bahagian bergeser akan dapat mengurangkan geseran dengan efektif bila-bila masa. Oleh itu, enjin kereta dapat berfungsi dengan lebih bebas daripada daya geseran. Lebih-lebih lagi, ia juga akan menyumbang kepada peningkatan kuasakuda dan torque enjin anda.

Bayangkan apabila aci engkol sedang mencuba memercikkan minyak pelincir ke atas dinding silinder pada suhu dibawah 0°C dan minyak pelincir telah menjadi pekat, ia adalah seperti sedang mengacau madu yang tidak dapat memercik ke atas permukaan dinding silinder. Dengan mencampurkan RTR Engine Treatment Booster Oil, minyak enjin tidak mudah dibeku. Oleh itu, ia akan mengalir, dipercik, dan dipancut oleh oil squirters atau oil jets dengan mudah.

Disebabkan oleh sifat minyak enjin mineral biasa yang lebih pekat, ia meninggalkan lapisan minyak yang tebal pada dinding botol di kiri. Ini bermakna bahawa ia adalah lebih susah untuk cincin omboh mengikis minyak yang berlebihan yang tertinggal di atas dinding silinder selepas lejang kuasa dan lejang intake.

Dalam sesi ujian pembekuan kedua, botol di kanan menunjukkan campuran pelincir RTR OIL telah mengalir ke bahagian bawah botol dengan lebih lancar dan meninggalkan lapisan minyak pelincir yang nipis serta efektif untuk melincirkan dinding botol. Kepekatan campuran RTR OIL adalah lebih cair dan lebih senang dikikis oleh cincin omboh dan meninggalkan selapis pelincir yang nipis dan berkesan, bagi mengurangkan geseran serta meningkatkan kuasa kuda dan torque enjin.

Akhir sekali, kami ingin mengucap terima kasih banyak banyak kerana menggunakan masa berharga anda untuk menonton serta memahami lebih lanjut tentang kebaikan RTR Engine Treatment Booster Oil. Dengan RTR OIL, anda tidak lagi perlu membiayai kos yang tinggi untuk penjagaan enjin yang rapi. Drive To Discover, Let The Performance Speaks For Itself.

CheetahgrapHICS
web11stBM
FBVISITbm
CarousellTAbBM
ShopeeBM
MenuButtonBM